Asslammualaikum dan salam sejahtera,
Sudah berapa hari saya tidak menulis tutorial untuk blog ini, inilah dinamakan kekangan masa yang sangat padat. Tapi hari ini saya agak berkesempatan untuk memberi sedikit tutorial yang agak simple. Saya telah menyediakan fail sumber DISINI . Didalam folder tersebut mempunyai 2 fail yang berbeza iaitu fail gambar.jpg dan loadgambar.fla dan pastikan 2 fail ini berada didalam satu direktori. Ikuti langkah di bawah:
1. Buat Movie Clip kosong dan namakan ia sebagai “target”, ianya berfungsi hanya sebagai target untuk memberitahu flash untuk meletakkan gambar yang akan dipanggil nanti ke target berkenaan
2. Letakkan Movie Clip “target” di stage, dalam tutorial ini saya meletakkannya di dua tempat, iaitu di bahagian atas dan bawah stage dengan namakannya sebagai “target1″ dan “target2″ di bahagian instance.
3. Kemudian beri framescript seperti di bawah ini
loadMovie(”gambar.jpg”, “target1″);loadMovie(”gambar.jpg”, “atrget2″);
4. Mainkan Movie Anda (Ctrl+Enter)
Sekarang sudah siap tutorial berkenaan. Mudah bukan? Anda boleh mengembangkannya lagi mengikut keperluan anda. Selamat belajar!!
Terima kasih,
Mazlie Nadzri
Wednesday, January 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment